Pemakaian pelitup hidung dan mulut diwajibkan oleh kerajaan kepada setiap rakyat di negara ini berikutan ancaman wabak Covid-19.
Namun lain pula masalah yang timbul akibat kurang kesedaran sivik apabila segelintir masyarakat bertindak membuang pelitup hidung dan mulut di merata-rata tempat.
Tindakan tersebut bukan sahaja memberi kesan terhadap alam sekitar malahan kitaran hidup haiwan yang tersangkut dimana-mana bahagian badan.