Home Dunia Pramugara Vietnam Airlines dijatuhi hukuman penjara gara-gara langgar kuarantin

Pramugara Vietnam Airlines dijatuhi hukuman penjara gara-gara langgar kuarantin

Gambar hiasan. foto agensi

HANOI – Seorang paramugara Vietnam Airlines dijatuhi hukuman penjara selama dua tahun kerana melanggar perintah kuarantin susulan wabak koronavirus.

Pramugura tersebut dikenali sebagai, Duong Tan Hau, 29, didakwa Mahkamah Vietnam kerana menyebarkan penyakit berjangkit yang berbahaya kepada orang ramai, lapor Reuters.

Hau yang sepatutnya melakukan kuarantin diri selama 14 hari selepas pulang dari Jepun pada bulan November lalu telah bertemu dengan 46 orang.

Malah Hau juga didapati pergi ke kedai makan dan menghadiri kelas bahasa Inggeris ketika dia sepatutnya menjalani pengasingan diri.

Difahamkan, pada 28 November lalu hasil ujian Hau menunjukkan beliau positif Covid-19.

Akibat pelanggaran peraturan kuarantin diri, pihak berkuasa Vietnam terpaksa melakukan ujian calit Covid-19 ke atas 2,000 orang di bandar Bandar Ho Chi Minh.

Ia memaksa pihak berkuasa membelanja sebanyak 4.48 billion dong (RM789,178).

Hasil daripada kesilapan Hau, sekurang-kurangnya tiga orang telah dijangkiti Covid-19.

Sehubungan itu, tindakan itu telah diambil dengan serius kerana kegagalan tersebut boleh membahayakan serta mengancam keselamatan masyarakat Vietnam. – MalaysiaGazette

+ posts