KUALA LUMPUR – Ramai mengenali Nabila Huda sebagai anak rocker, Amy tetapi rupa-rupanya penyanyi Search itu ada lagi anak perempuan di Amerika Syarikat (AS).
Baru-baru ini sempena ulang tahun kelahiran Amy, kelibat seorang gadis sunti yang persis model itu menarik perhatian ramai.
Wajahnya pun ada iras Nabila dan mesra dengan ahli keluarga Amy yang lain.
Rupa-rupanya gadis berusia 20 tahun bernama Irisha Myra itu anak Amy yang kini menetap dengan bekas isteri ketiga Amy di Houston. Mereka bercerai ketika Irisha masih kecil.
Apa yang menarik, Irisha mendapat pujian isteri Amy sekarang dan melalui media sosial dia memuji Irisha sebagai orang muda yang pandai membawa diri dan bersopan walaupun dibesarkan di AS.
Malah Amy meluahkan rasa syukur kerana dapat bersama Irisha sempena hari raya baru-baru ini.-MalaysiaGazette