Home Ekonomi IPG tidak diaktifkan pada bulan Mac – LGM

IPG tidak diaktifkan pada bulan Mac – LGM

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Lembaga Getah Malaysia (LGM) memaklumkan tiada Insentif Pengeluaran Getah (LPG) pada bulan Mac 2021.

Ia berikutan harga purata SMR 20 FOB di peringkat ladang melebihi RM2.50 sekilogram.

Menurutnya, pada bulan lalu, harga purata peringkat ladang bagi cuplump adalah RM2.90 di Semenanjung dan masing-masing sebanyak RM2.55 dan RM2.60 sekilogram di Sabah dan Sarawak.

IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan SMR 20 FOB berada di paras RM6.10 sekilogram atau harga di peringkat ladang (farmgate) berada di paras RM2.50 sekilogram ke bawah. – MalaysiaGazette