Home Nasional Mayat nelayan lemas di pantai Sungai Ular ditemui

Mayat nelayan lemas di pantai Sungai Ular ditemui

Mayat Mohd Shahrudin Remeli dibawa menaiki trak polis untuk dibawa ke HTAA.

KUALA LUMPUR – Mayat nelayan warga tempatan dikhuatiri lemas di pantai Sungai Ular petang semalam telah ditemui petang ini

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata,  mayat Mohd Shahrudin Remeli ditemui oleh pasukan Polis Marin dalam jarak 200 meter dari lokasi kejadian lebih kurang 2.20 petang tadi.

“Mangsa telah dibawa oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nelayan yang berusia 26 tahun itu dipercayai lemas selepas turun melabuhkan bot di pantai Sungai Ular yang  jaraknya sekitar lebih kurang 50 meter dari pantai. – MalaysiaGazette

 

ARTIKEL BERKENAAN :

Nelayan dipercayai lemas selepas melabuhkan bot