PASIR GUDANG – Sebuah kilang membuat cecair thinner di kawasan perindustrian Pasir Gudang terbakar pada awal pagi ini.
Menurut maklumat awal, pekerja dan penghuni rumah kotai berhampiran kilang itu berjaya menyelamatkan diri dalam kejadian kira-kira jam 12.30 pagi ini.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Kira-kira 40 anggota dan lima jentera, dua jentera water tanker, dua Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba Dan Penyelamat Pasir Gudang, Johor Jaya dan Larkin bergegas ke lokasi kejadian. – MalaysiaGazette