Home Politik Muhyiddin pengerusikan mesyuarat MPT Bersatu petang ini

Muhyiddin pengerusikan mesyuarat MPT Bersatu petang ini

Perdana Menteri yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir pada Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Bersatu di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 03 APRIL 2021.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) di sini hari ini.

Presiden Bersatu itu tiba pada pukul 2.55 petang diiringi Timbalan Presiden, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Mesyuarat MPT yang dipengerusikan oleh Muhyiddin dijangka bermula pukul 3 petang.

Turut hadir, Naib Presiden, Datuk Radzi Jidin dan Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen serta Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Hadir sama, Ketua Armada, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad, Ketua Srikandi, Datuk Seri Rina Harun serta ahli MPT termasuk Datuk Saifuddin Abdullah dan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Difahamkan mesyuarat hari ini antaranya akan membincangkan mengenai keputusan UMNO untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Pada Rabu, Muhyiddin mempengerusikan mesyuarat Bersatu Johor dan Perikatan Nasional (PN) Johor di sebuah hotel di Putrajaya. – Malaysia Gazette