Kementerian Pengangkutan (MOT) membuat keputusan mengubah semula jajaran Seksyen C Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) 3.0 ke Jajaran Utara seperti yang dicadangkan dalam tahun 2016 hingga 2017.
Menurut Menterinya Datuk Seri Wee Ka Siong, jajaran yang akan melibatkan laluan dari Mentakab ke Pelabuhan Klang ini dianggarkan melibatkan kos sebanyak RM50 bilion.
Kos ini menurut Wee, lebih rendah berbanding anggaran kos pembinaan ECRL 2.0.