Home Politik Nak jadi top dog, Tun M kena gabung parti

Nak jadi top dog, Tun M kena gabung parti

Shahidan Kassim

BUKIT JALIL – Dakwaan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai ketua dalam Pakatan Harapan tidak munasabah ekoran kerusi yang dimiliki oleh partinya hanya satu berbanding parti-parti lain dalam pembangkang terutama DAP.

Bagi melayakkan dirinya sebagMai ketua, PPBM perlu mendapat kerusi paling banyak terutama mengatasi DAP yang mempunyai 37 kerusi, kata Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Malah Shahidan mencadangkan agar PPBM, PKR dan Parti Amanah Negara bergabung menjadi satu parti seterusnya mendapat jumlah sebanyak 38 kerusi bagi melayakkan Mahathir menjadi ketua.

“Sekarang ni, untuk membolehkan sesuatu parti itu memimpin dalam politik, parti yang yang majoriti itu akan jadi ketua. Dalam BN, ketuanya UMNO kerana UMNO ada 88 kerusi tapi dalam pembangkang, DAP ada 37 kerusi, PKR ada 29, PAN ada 8, PPBM ada 1.

“Untuk jadi ketua, PKR, PAN gabung dengan parti Tun M bagi mendapat 38 kerusi, baru boleh jadi ketua. Bagaimana satu (kerusi) mahu jadi ketua?

“Siapa kerusi majoriti dia jadi ketua. Saya percaya jika PRU ini, kalau DAP menang, dia akan jadi ketua. BN akan menang. Rakyat tidak ada pilihan selain (BN) untuk jadi kerajaan. Penjawat awam kena sokong kerajaan BN,” katanya kepada MalaysiaGazette ketika ditemui di majlis rumah terbuka Aidilfiti Kementerian Belia dan Sukan di Bukit Jalil malam tadi.

Mengulas lanjut, Shahidan turut berikrar akan menentang Mahathir secara habis-habisan meskipun Mahathir merupakan ketuanya dalam Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM).

“Dia (Mahathir) mahu lawan BN dan Najib, saya akan bertarung habis-habisan dengannya walaupun saya naib presiden dia dalam PERKIM. Dalam politik, kita tidak ada pilihan, kita akan bertarung kerana dia mahu jatuhkan kerajaan BN, automatik dia mahu jatuhkan saya,” ujarnya. – MalaysiaGazette