Home Dunia Putin boleh berkuasa sehingga usia 83 tahun

Putin boleh berkuasa sehingga usia 83 tahun

Vladimir Putin. foto Agensi

MOSCOW – Presiden Rusia Vladimir Putin telah menandatangani undang-undang yang membolehkannya kekal berkuasa di Kremlin hingga tahun 2036.

Perundangan itu membolehkan Putin berada dua penggal yang mana tempoh setiap penggal adalah enam tahun apabila tugasnya sekarang berakhir pada tahun 2024.

Ia berdasarkan perubahan pada perlembagaan tahun lalu.

Perubahan tersebut disokong dalam undian umum musim panas lalu dan memungkinkan Putin, 68, berpotensi untuk kekal berkuasa sehingga berusia 83 tahun.

Dia kini menjalani penggal kedua berturut-turut sebagai presiden dan keempatnya secara keseluruhan.

Undang-undang yang ditandatangani oleh Putin ini mengehadkan mana-mana presiden masa depan untuk memegang jawatan setakat dua penggal, tetapi memperbaharui semula tempoh penggalnya.

Langkah ini menghalang sesiapa sahaja yang memiliki kewarganegaraan asing untuk mencalonkan diri di Kremlin.

Perundangan itu disahkan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada bulan lalu. – MalaysiaGazette