Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menawarkan dua jenis geran bagi menarik lebih ramai penglibatan golongan B40 dan M40 menceburi bidang perniagaan francais di negara ini.
Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, program tersebut merupakan inisiatif yang diumumkan melalui Belanjawan 2021 dengan peruntukkan sebanyak RM5 juta.