Home Nasional Covid-19: 1,300 kes baharu, Sarawak rekod tertinggi

Covid-19: 1,300 kes baharu, Sarawak rekod tertinggi

Director-General of Health Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. PIX: MalaysiaGazette centenarian 100 year-old Covid-19 death daily cases
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah PIX: MalaysiaGazette

KUALA LUMPUR – Sarawak mengambil alih kedudukan Selangor sebagai negeri paling tinggi merekodkan jumlah kes baharu Covid-19 iaitu 385 kes positif hari ini.

Bagaimanapun Selangor masih tidak turun dari kelompok angka tiga digit jangkitan pandemik maut itu apabila mencatatkan 242 kes.

Dalam pada itu, Kelantan merekodkan sebanyak 126 kes, Sabah mengesahkan 112 kes manakala Pulau Pinang 110 kes baharu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, negeri Perlis terus merekodkan sifar kes positif  hari ini.

Katanya, sebanyak 1,300 kes baharu positif direkodkan pada hari ini sekaligus jumlah kumulatif kes sejak Covid-19 melanda negara adalah sebanyak 353,329 kes.

“Sebanyak 24 kes daripada jumlah itu adalah kes import membabitkan 12 orang tempatan dan sebebihnya warga asing. Kes tempatan adalah sebanyak 1,276 kes iaitu 918 orang warga tempatan manakala 358 orang asing.

“Jumlah kes mati baharu hari ini adalah lima kes sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,300 kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Dr. Noor Hisham, sebanyak 1,412 kes sembuh baharu dicatatkan hari ini sekaligus menyaksikan jumlah keseluruhan kes eembuh setakat ini adalah 337,868 kes atau 95.6 peratus.

Menurutnya, sebanyak 14,161 kes aktif dilaporkan hari ini sementara sebanyak 189 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi.

“Sebanyak 88 kes Covid-19 memerlukan bantuan alat bantuan pernafasan,” ujarnya.

Daripada 385 kes di Sarawak, 352 kes atau 91.4 peratus merupakan kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Sebanyak 144 kes yang dilaporkan adalah berkaitan kluster di Depot Tahanan Imigresen dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok Sri Aman (128 kes), Kluster Padang Hijau (12 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (2 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (1 kes), dan Kluster DTI Juru (1 kes).

Katanya lima kematian baharu yang dilaporkan membabitkan tiga di Sabah dan masing-masing satu kes di Selangor dan Kelantan yang kesemuanya merupakan warga tempatan.

Kesemua yang meninggal dunia berusia lingkungan antara 36 tahun hingga 80 tahun.-MalaysiaGazette