MGNews: Imigresen Buru 21,378 Warga Asing Miliki Pas PLKS Palsu

Sejumlah 21,278 pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) palsu dipercayai telah dikeluarkan sindiket yang dibongkarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam.

Oleh yang demikian, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata pihaknya akan menjalankan operasi besar-besaran bagi menahan mana-mana pendatang asing yang masih menggunakan PLKS yang dikeluarkan sindiket berkenaan.