MUNICH – Kylian Mbappe membantu Paris Saint-Germain (PSG) menewaskan juara bertahan, Bayern Munich 3-2 apabila dia meledak dua gol pada aksi pertama suku akhir Liga Juara-Juara di sini, awal pagi tadi.
Ibarat perlawanan ulangan final tahun lalu, rekod 19 perlawanan tanpa kalah gergasi Jerman itu berakhir sejak kekalahan pertama di Eropah sejak Mac 2019.
PSG mendahului 2-0 dalam masa hanya 28 minit di Allianz Arena ketika Neymar mencipta gol buat Mbappe dan Marquinhos.
Bayern yang beraksi tanpa penjaring utama, Robert Lewandowski kerana kecederaan lutut, menyamakan kedudukan hasil tandukan Eric Maxim Choupo-Moting dan Thomas Mueller.
Bagaimanapun Mbappe menampilkan aksi berkelas dunia dengan gol kedua yang menakjubkan bagi memberikan pelawat kelebihan bagi pertembungan di Paris.
Ini adalah rekod ke-19 penampilan dalam suku akhir Liga Juara-Juara buat Bayern. – MalaysiaGazette