MGNews: Kerajaan Belanja RM1 Bilion Untuk Sistem Imigresen Bersepadu Nasional – Hamzah Zainuddin

Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) yang akan menggantikan Sistem Imigresen Malaysia (MyIIMs) yang digunakan Jabatan Imigresen (Imigresen) melibatkan kos lebih RM1 bilion.

Menurut Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Hamzah Zainuddin, NIISe akan mewujudkan ekosistem penguatkuasaan digital bertunjangkan maklumat lebih tepat dan boleh dipercayai dengan operasi terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI) dapat dilaksanakan lebih efektif berdasarkan maklumat diperolehi melalui ‘big data analytics’ (BDA) diwujudkan dalam sistem itu.