Home Ekonomi MAS beri diskaun

MAS beri diskaun

KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines melancarkan kempen selama tiga hari pada hari ini bagi promosi sah penerbangan bermula 27 Julai sehingga 30 September 2017.

Syarikat penerbangan nasional itu berkata, kempen tersebut menawarkan peluang penjimatan sebanyak 35 peratus kepada kelas ekonomi untuk laluan-laluan terpilih.

Tambang bermula serendah RM359 ke Phuket, RM369 ke Jakarta manakala tambang ke Beijing bermula dari RM1009 dan Mumbai pula pada harga RM1,299.

Ia turut menawarkan promosi perjalanan sehala ke semua destinasi dalam negara pada tempoh tertentu sepanjang tahun.

Promosi ini hadir dengan tiada caj tersembunyi serta tiada yuran kad kredit termasuk elaun bagasi seberat 30kg serta makanan percuma.- MalaysiaGazette