Home Sukan Menang selesa tapi Man United hilang 3 pemain utama

Menang selesa tapi Man United hilang 3 pemain utama

Manchester United mengatasi Granada 2-0 seterusnya meletakan mereka selesa dalam saingan pertama suku akhir Liga Europa.
KUALA LUMPUR – Kapten Manchester United, Harry Maguire, pemain tengah, Scott Mactominay serta pemain pertahanan kiri, Luke Shaw, tidak akan beraksi di Old Trafford untuk perlawanan kedua suku akhir saingan Piala Europa.
Ini kerana ketiga-tiganya digantung satu perlawanan berikutan kad kuning yang diterima dalam perlawanan menentang Granada awal tadi.
Pengadil dari Portugal, Artur Dias telah melayangkan lima kad kuning kepada pemain Manchester United dalam perlawanan suku akhir pertama tersebut.
Dalam pada itu, Axel Tuanzebe dan Eric Bailly berkemungkinan mengisi slot pertahanan tengah pada perlawanan suku akhir kedua nanti.

Pada perlawanan pagi tadi, Marcus Rashford dan penalti Bruno Fernandes memberikan United kemenangan 2-0 mengatasi Granada seterusnya meletakan mereka selesa dalam saingan pertama suku akhir Liga Europa.

Keputusan itu memberikan kelebihan buat United bagi perlawanan kedua di Old Trafford, tempat mereka boleh menamatkan tugasan dan menempah tiket ke separuh akhir bagi berdepan sama ada Ajax atau Roma di mana kelab Itali itu mendahului 2-1 selepas perlawanan pertama.

Dalam saingan lain, Slavia Prague mencuri gol di tempat lawan dalam masa tambahan berdepan Arsenal bagi memberikan keputusan seri 1-1 dan kelebihan buat mereka selepas perlawanan pertama suku akhir Liga Europa. – MalaysiaGazette