Home Sukan Zii Jia bolot RM403,896

Zii Jia bolot RM403,896

Lee Zii Jia. Foto Ihsan Facebook Persatuan Badminton Malaysia.

KUALA LUMPUR – Bintang muda badminto negara, Lee Zii Jia kini boleh tersenyum lebar selepas menerima wang hadiah kemenangan dan ganjaran yang diraihnya terutama selepas kejayaan menjuarai Seluruh England, bulan lalu.

Dalam tempoh tiga bulan tahun ini, Zii Jia sudah mengumpul habuan sebanyak RM318,596 menerusi penyertaannya dalam lima kejohanan sejak Januari hingga Mac lalu iaitu Yonex Terbuka Thailand (suku akhir), Toyota Terbuka Thailand (pusingan 32), Jelajah Dunia Akhir BWF 2020 (ke-4 dalam kumpulan), Terbuka Switzerland (separuh akhir) dan Seluruh England (juara).

Jumlah itu bagaimanapun tidak termasuk insentif yang diberikan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebanyak RM30,000, kerajaan negeri Kedah RM25,000.

Semalam anak kelahiran Alor Star, Kedah itu turut mendapat saham F&N sebanyak 1,000 unit yang bernilai RM30,300 kerana menjuarai Seluruh England, yang mana secara keseluruhannya dia meraih pendapatan sebanyak RM403,896.

Ganjaran wang tunai itu adalah paling tinggi diraih dalam kerjaya pemain berusia 22 tahun itu. – MalaysiaGazette