Home Politik Rafizi dakwa kos sara hidup punca sokongan pengundi Melayu terhadap PH atasi...

Rafizi dakwa kos sara hidup punca sokongan pengundi Melayu terhadap PH atasi BN

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) Malaysia hari ini mengesahkan bekas anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli telah memohon pada 9 Julai pengecualian agar tidak hilang kelayakan bagi memegang jawatan dalam pertubuhan berdaftar di Malaysia.
Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR – Sokongan pengundi Melayu kini sudah berpihak kepada Pakatan  Harapan (PH) berdasarkan kepada kajian Centre for Policy Initiatives (Invoke), dakwa Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Ahli Parlimen Pandan itu mendakwa, Barisan Nasional (BN) gagal menangani tiga isu utama yang akan mengakibatkan PH memenangi PRU-14 kelak.

Antaranya, kos sara hidup, harga barang meliputi GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) dan subsidi minyak.

“Kedudukan undi Melayu hampir setara di antara BN sebanyak 35 peratus dan PH 36 peratus.

“Sokongan 35 peratus kepada BN ini juga adalah  konsisten dengan semua kaji selidik yang dijalankan setiap bulan sejak Disember 2016.

“Yang berbeza adalah PH dan Pas bergantung kepada pengundi atas pagar sebanyak 31 peratus yang belum membuat keputusan,” katanya dalam sidang media di Invoke di sini.

Ia berdasarkan kepada kaji selidik enam soalan yang dikendalikan Invoke ke atas 160,761 pengundi daripada 5 Jun hingga 14 Julai 2017 lalu.

“Dengan tiga isu ini sahaja jika PH berjaya menawarkan penyelesaian yang boleh diterima rakyat PH tiada masalah untuk menang pilihan raya. Ini bukan zaman seperti dulu untuk umunkan manifesto.

“Ini perdebatan dasar dan penyelesaiannya perlu dibincangkan setiap hari sebab itu saya selalu sebut tidak perlu menunggu sehingga manifesto PH, ia boleh mengulangi ide atau rancangan untuk menambah baik kehidupan rakyat dalam tiga perkara itu,” kata Rafizi lagi. -MalaysiaGazette.