KUALA LUMPUR – Jumlah kes baharu penularan Covid-19 di negara ini kembali melonjak menghampiri angka 2,000 selepas merekodkan 1,854 kes baharu hari ini.
Angka terbaharu ini menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan Covid-19 sehingga kini sebanyak 357,607 kes.
Menurut hantaran di Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia, jumlah jangkitan pada hari ini menunjukkan peningkatan ketara berbanding semalam yang mencatatkan 1,285 kes.
Sarawak merekodkan kes harian tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 555 kes, diikuti Selangor (403) dan Pulau Pinang (176).
Kuala Lumpur pula merekodkan sebanyak 135 kes, Kelantan (143) manakala Johor merekodkan 103 kes.
Perlis pula kes tiada kes hari ini. – MalaysiaGazette