Home Nasional Santhara hargai komitmen Selangor dalam isu Ladang Tennamaram

Santhara hargai komitmen Selangor dalam isu Ladang Tennamaram

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Edmund Santhara bercakap semasa sesi soal jawab mengenai Garis Panduan Lesen Minuman Keras di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 22 DISEMBER 2020.

SHAH ALAM – Tindakan pantas Kerajaan Negeri  Selangor melalui Pejabat Tanah dan Galian yang sedang menjalankan siasatan dalaman dan semakan terperinci isu pajakan tanah di Ladang Tennamaram, Bestari Jaya, Kuala Selangor amat dihargai.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Santhara Kumar berkata, pihaknya yakin permasalahan penduduk hampir tiga genarasi itu akan diteliti selepas mendapat perhatian Menteri Besar, Datuk Seri Amirudun Shari.

Kata beliau, siasatan terperinci dan telus sememangnya perlu dilakukan selepas 400 peneroka Ladang Tennamaram mendakwa mereka bakal diusir selepas kerajaan negeri memajakkan tanah terbabit kepada syarikat luar selama 21 tahun.

“Dakwaan oleh penduduk Ladang Tennamaram ini tidak boleh dipandang ringan begitu sahaja.

“Siasatan dalaman oleh kerajaan negeri secara terperinci ke atas isu ini dapat diselesaikan dengan telus demi membela nasib dan kebajikan rakyat negeri ini.

“Saya juga yakin Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan jalankan siasatan ke atas aduan yang telah dibuat pada 19 November lepas oleh Jawatankuasa Peneroka Tanah Kerajaan Negeri Selangor,” katanya kepada MalaysiaGazete dalam satu kenyataan.

Selangor lakukan siasatan terperinci isu pajakan Ladang Tennamaram

Santhara mengulas kenyataan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Juwairiya Zulkifli berkata kerajaan negeri memandang serius tuduhan berkaitan isu pajakan tanah tersebut dan akan memberi kerjasama sebaiknya kepada pihak berkuasa.

Pada 31 Disember tahun lepas, MalaysiaGazette melaporkan seramai 400 peneroka Ladang Tennamaram bakal diusir selepas kerajaan negeri memajakkan tanah terbabit kepada syarikat luar selama 21 tahun.

MalaysiaGazette difahamkan pajakan itu diberikan kepada dua syarikat yang dipercayai milik individu dari Sarawak.

Isu tersebut juga turut mendapat perhatian Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar yang turut menemui penduduk yang 60 peratusnya adalah bumiputera manakala 40 peratus bukan bumiputera.

Barisan Nasional (BN) Selangor tidak menolak kemungkinan wujudnya salah laku rasuah dalam pemberian tanah pajakan seluas 1,942 hektar, di sini, kepada dua syarikat swasta sedangkan baru dua bulan ditubuhkan.

Pengerusinya, Tan Sri Noh Omar berkata,lebih mencurigakan apabila kedua-dua syarikat itu juga didakwa dimiliki oleh beberapa individu yang sama.

Sebuah laporan kepada SPRM juga akan dilakukan oleh pihaknya dalam masa terdekat ini. -MalaysiaGazette

MB, mengapa pajak tanah Selangor kepada orang Sarawak?

Noh persoal syarikat dua bulan diberi pajakan tanah 21 tahun

Dari Segamat pun saya sanggup datang demi rakyat Selangor – Santhara