KUALA LUMPUR – Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid melepaskan jawatannya sebagai Ahli Perbadanan SME Corp. berkuat kuasa secara serta-merta.
Anak sulung Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan perkara itu menerusi akaun Instagramnya hari ini.
Surat peletakan jawatan yang bertarikh 6 April itu dikemukakan kepada Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku, selalu Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Jaafar turut dipaparkan.
Tanpa sebarang alasan berhubung keputusannya, Nurulhidayah merakam ribuan terima kasih kepada SME Corp kerana memberi peluang kepadanya untuk berkhidmat.
”“Jawatan yang DILANTIK saya SUKARELA lepaskan.
“Jawatan yang DIPILIH atas pemilihan yang SAH wajib diperTAHANKAN. Soalan saya, siapa yang tidak ada ‘telor’ sekarang?” tulisnya dalam kapsyen hantaran itu.
Kata-kata itu dipercayai ditujukan kepada pihak-pihak tertentu yang mendesak bapanya melepaskan jawatan Presiden UMNO ekoran pendedahan audio perbualan antara Ahmad Zahid dan Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.
Katanya, kapsyen yang ditulisnya tidak ada kena mengena dengan penampilannya yang berpurdah.
”Yaa Allah, jika bukan tempat ku di SME CORP utk membantu orang ramai, berikan aku jalan dan kecukupan utk aku membantu mereka yang susah dan memerlukan. Yaa Allah, bantu aku yaa Allah agar aku mampu membantu lebih ramai orang yang memerlukan. Aaminn yaa Rabb,” ujar beliau. – MalaysiaGazette