Home Dunia Tsunami kecil di pantai Turki

Tsunami kecil di pantai Turki

ANKARA – Tsunami kecil telah dilaporkan berlaku di pantai Turki berikutan gempa bumi yang kuat, kata Pusat Seismologi Eropah-Mediterranean.

Gempa bumi berukuran 6.7 magnitud melanda 12 kilometer m (tujuh batu) di selatan bandar Turki Bodrum, di Laut Aegean, dengan kedalaman 10 kilometer, kata agensi itu.

Setakat ini tiada laporan kemalangan atau kerosakan.

Tetapi penduduk negara itu diberi amaran supaya tidak menghampiri kawasan pantai. – MalaysiaGazette