MANCHESTER – Leeds United hanya memerlukan dua percubaan tepat untuk mengaibkan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City 2-1 sekalipun beraksi dengan 10 pemain pada keseluruhan babak kedua di Etihad, awal pagi tadi.
Ia juga kekalahan keempat anak buah Pep Guardiola pada musim ini.
Stuart Dallas menjadi wira pelawat apabila menjaringkan gol pada setiap babak walaupun tuah rumah mengasak bertalu-talu dan hanya mendapat jaringan oleh Ferran Torres.
Sementara itu, jaringan lewat Trent Alexander-Arnold berjaya membantu Liverpool bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Aston Villa 2-1 di Anfield.
Turun dengan misi menebus kekecewaan selepas tumpas 1-3 di tangan Real Madrid dalam Liga Juara-Juara, anak buah Jurgen Klopp bagaimanapun dikejutkan dengan jaringan pembukaan pelawat menerusi Ollie Watkins pada minit ke-43.
The Reds yang lebih menguasai perlawanan bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan Mohamed Salah pada minit ke-57. – MalaysiaGazette