Home Nasional RM2.24 juta saman di kutip dalam tempoh tiga hari.

RM2.24 juta saman di kutip dalam tempoh tiga hari.

Orang awam yang membuat bayaran saman di kaunter yang telah disediakan ketika di Program Ketua Polis Johor bersama Masyarakat sempena peringatan hari Polis ke 214 di Kampung Orang Asli Pengkalan Tereh, Kluang, Johor. Foto MOHD ADZLAN, 10 APRIL 2021.
JOHOR BAHRU – Sejumlah RM2.245 juta dikutip daripada 19,008 saman pesalah lalu lintas sempena tawaran diskaun 50 peratus yang diberikan oleh Polis Johor selama tiga hari bermula Jumaat lalu.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Johor, (JSPT) Supritendan M.Kumarasan berkata, kutipan itu berjaya diperoleh sepanjang program anjuran JSPT Johor dalam Program  Ketua Polis Johor Bersama Masyarakat di 13 daerah polis.
“Tawaran diberikan sempena program kali pertama JSPT dengan Ketua Polis Johor..
“Pendekatan sebegini saya lihat sebenarnya banyak memberi manfaat kepada semua, yang mana mereka boleh bertemu polis lebih dekat untuk menyalurkan maklumat.
“Selain itu, orang ramai boleh menyemak saman-saman mereka,” katanya ditemui pada hari terkahir Program Ketua Polis Johor Bersama Masyarakat di Johor Bahru.
Beliau berkata, sepanjang program itu, JSPT telah membuka kaunter saman di setiap daerah persinggahan.
“Jika diikutkan, kutipan untuk tiga hari memang tinggi.  Purata dalam satu hari RM700,000, memang tinggilah.
“Ini adalah kutipan paling tinggi kita peroleh, saya memang berpuas hati,” tambahnya.
Kutipan atau tawaran saman sebanyak 50 peratus itu dilakukan Ibu Penjabat Kontinjen (IPK) Johor dan semua Ibu Pejabat Polis Daerah  (IPD)di seluruh negeri Johor. – MalaysiaGazette