Home Dunia 20 terbunuh selepas bas terbalik di Peru

20 terbunuh selepas bas terbalik di Peru

Gambar hiasan

LIMA – Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh manakala 14 lagi cedera di Peru selepas bas antara wilayah tergelincir dan terbalik di Sihuas di utara Ancash utara.

Perbandaran Paromba menerusi laman Facebooknya berkata, kemalangan itu menyebabkan 18 orang mati di tempat kejadian.

Manakala dua lagi meninggal dunia ketika dalam proses dibawa ke hospital.

Kemalangan itu berlaku kira-kira jam 7 pagi waktu tempatan di kawasan Palo Seco, ketika bas, dari “Fama Tours S.A.” tergelincir dan terbalik.

Ketika nahas, bas berkenaan dalam perjalanan dari kawasan Huanchayllo dan Parobamba dan menuju ke Chimbote dan Lima, setelah penumpang selesai mengundi pada pilihan raya yang diadakan pada hari Ahad, lapor sebuah stesen radio tempatan.

Pihak berkuasa pengangkutan Peru mengatakan dalam satu kenyataan bahawa ia “telah mengaktifkan semua protokol intervensi untuk mengumpulkan maklumat yang berkaitan kemalangan untuk menentukan langkah-langkah yang sesuai”. – MalaysiaGazette