Home Nasional Pemandu lori didenda RM4,000 pindah babi tanpa kebenaran

Pemandu lori didenda RM4,000 pindah babi tanpa kebenaran

Seorang bekas kerani firma guaman didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 138 pertuduhan membabitkan pecah amanah lebih RM100,000 sejak 2012 hingga 2015.
Gambar hiasan

BUTTERWORTH – Seorang pemandu lori didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah memindahkan tiga ekor babi tanpa kebenaran Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Majistret Nurul Huda Idris turut memerintahkan Oon Keng Hock, 28, dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda itu.

Oon didakwa memindahkan tiga ekor babi hidup di hadapan pagar sebuah rumah di Tasek Gelugor menggunakan lori tanpa mendapat kebenaran bertulis pengarah negeri atau mana-mana pihak berkuasa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang pada 11.58 pagi, 8 Dis 2020.

Pertuduhan mengikut Perintah 4 (1)(a) Perintah Haiwan (Kawalan dan Pembasmian Contagious Abortion serta Penyakit Kuku dan Mulut) 2003 perintah bawah Subseksyen 36(1)(c)(i) Akta Binatang 1953 dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 36(7) Akta Binatang (Pindaan) 2013 (Akta A1452) yang membawa hukuman denda maksimum RM15,000.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Veterinar Negeri Roziman Awang Tahrin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

— BERNAMA