Home Utama Bekas Pegawai Eksekutif MAHB mengaku tidak bersalah lima tuduhan menipu

Bekas Pegawai Eksekutif MAHB mengaku tidak bersalah lima tuduhan menipu

Seorang bekas kerani firma guaman didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 138 pertuduhan membabitkan pecah amanah lebih RM100,000 sejak 2012 hingga 2015.
Gambar hiasan

KOTA KINABALU – Seorang bekas Pegawai Eksekutif Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan menipu seorang ahli perniagaan membabitkan RM41,000 antara 2010 hingga 2014.

Abas Tuah, 59, didakwa memperdayakan ahli perniagaan itu untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mendapatkan tapak perniagaan dan memudahkan pembaharuan kontrak sewaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

Tertuduh telah mendorong lelaki itu untuk memasukkan wang berjumlah RM41,000 ke dalam akaun Maybank miliknya melalui lima transaksi berasingan di Maybank Cawangan Kampung Air, Kota Kinabalu di sini, antara 2010 hingga 2014.

Semua pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun dan dengan sebat serta boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Hakim Abu Bakar Manat membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan dengan syarat tambahan perlu melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kota Kinabalu dua bulan sekali serta menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Kes yang dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Clementine Severinus itu ditetapkan untuk sebutan semula pada 24 Mei ini.

— BERNAMA