Home Sukan Kedah selesai suntik vaksin Covid-19

Kedah selesai suntik vaksin Covid-19

Aidil Shahrin Sahak. Foto Facebook Kedah Darul Aman FC.

KUALA LUMPUR – Pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) menerima suntikan vaksin dos pertama Covid-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan semalam.

KDA FC dalam satu kenyataan berkata, proses vaksinasi itu diadakan di Klinik Kesihatan Kuala Kedah yang membabitkan semua pemain, jurulatih dan pegawai pasukan.

“Pengurusan KDA FC telah mengambil langkah proaktif dengan mendaftarkan pasukan KDA FC sebagai penerima Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

“Ini bagi memastikan keserasian kesihatan pemain dalam tempoh vaksinasi ini selaras dengan keperluan untuk merentas negara sekitar bulan Jun nanti bagi kejohanan Piala AFC 2021. Dos seterusnya akan dilakukan selepas tempoh matang 21 hari,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC, Khamal Idris Ali bersyukur Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan berjaya dilaksanakan.

KDA FC bakal berentap dalam Piala AFC bagi Zon ASEAN di Singapura pada 22 hingga 28 Jun ini. – MalaysiaGazette