Home Nasional Negara kaya kuasai vaksin punca bekalan lewat tiba di Malaysia

Negara kaya kuasai vaksin punca bekalan lewat tiba di Malaysia

Minister of Science, Technology and Innovation, Khairy Jamaluddin Abu Bakar speaks to the journalists about the Pfizer BioNTech Covid-19 vaccine at the Putrajaya Health Clinic of Precinct 11, Putrjaya. PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette / 24 FEBRUARY 2021. Sinovac Covid-19 vaccine Rembau Hospital
Khairy Jamaluddin

PUTRAJAYA – Tindakan negara kaya memintas dan mengambil bekalan vaksin Covid-19 pada skala besar menyebabkan Malaysia dan beberapa negara berpendapatan sederhana menerima bekalan vaksin yang rendah.

Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, beberapa negara kaya telah mendapatkan bekalan vaksin yang mencukupi untuk rakyat mereka lebih lima kali ganda.

“Malahan banyak syarikat Farmasetiukal memberi keutamaan kepada negara kaya sekaligus memaksa kita untuk seimbangkan portfolio vaksin Covid-19 termasuk Pfizer, AstraZeneca dan juga Sinovac dari China.

“Berdasarkan jadual penghantaran vaksin yang diterima dari pembekal kita, kita akan mula menerima bekalan vaksin secara lebih stabil bermula Jun ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Khairy berkata, keadaan itu menyebabkan rakyat tertanya-tanya mengapa kadar vaksinasi di negara ini masih rendah dan tidak menunjukkan peningkatan.

“Justeru orang yang sudah mendaftarkan diri pada Februari lalu untuk suntikan vaksin turut menyoal bila mereka akan menerima temujanji suntikan vaksin.

“Seperti saya umumkan sebelum ini program vaksinasi akan dilaksanakan sehingga akhir tahun ini secara berfasa.

“Kita kini sedang dalam proses akhir pemberian vaksin fasa pertama membabitkan kumpulan barisan hadapan kesihatan dan luar sektor tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Khairy yang juga Pengerusi jJwatankuasa Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19, fasa kedua yang akan berlangsung minggu depan akan  melibatkan warga emas berusia 60 tahun dan ke atas dan mereka yang menghidap penyakit kronik.

Katanya,  pemberian vaksin secara menyeluruh akan dilaksanakan dan buat masa ini permintaan sudah melampaui pengeluaran vaksin.

Malah katanya, graf menunjukkan Malaysia akan mempunyai bekalan vaksin yang mencukupi bagi mencapai 80 peratus populasi divaksinasi menjelang akhir tahun ini dan ia berdasarkan rancangan yang diumumkan pada Februari lalu. – MalaysiaGazette