Home Sukan Ramos positif Covid-19

Ramos positif Covid-19

Sergio Ramos. Foto Eurosport.

KUALA LUMPUR – Kapten Real Madrid, Sergio Ramos yang kini tersisih akibat kecederaan, disahkan positif Covid-19, umum kelab itu hari ini.

Ramos, 35. sebelum ini tidak dapat beraksi pada suku akhir Liga Juara-Juara kedua menentang Liverpool.

“Pemain kami, Sergio Ramos diuji positif menerusi ujian terakhir Covid-19,” kata Real Madrid dalam satu kenyataan.

Kes Ramos adalah pemain kedua dikesan membabitkan skuad Real pada minggu ini.

Selasa lalu, pertahanan kelab itu, Raphael Varane turut disahkan positif.

Setakat ini bek Perancis itu belum mendapat kebenaran menyertai kembali pasukannya. – MalaysiaGazette