KUALA LUMPUR – Harga runcit bagi RON97, RON95 dan diesel bagi tempoh 15 April hingga 21 April ini adalah kekal.
Sepanjang tempoh itu, harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM2.54 seliter, RON95 (RM2.05) dan diesel ( RM2.15), kata Kementerian Kewangan.
Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang ditetapkan.
Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, katanya. – MalaysiaGazette