MANCHESTER – Pep Guardiola berpendapat dia akan menjadi pengurus yang gagal jika tidak memastikan pasukannya menjulang Piala Liga Juara-Juara Eropah musim ini.
Pengurus Manchester City berkata, anak buahnya yang berbekalkan kemenangan agregat 2-1 pada aksi pertama suku akhir minggu lalu akan bertandang ke Signal Iduna Park untuk berdepan Borussia Dortmund dalam aksi timbal balik.
Untuk rekod, pasukan yang dikenali sebagai the Citizens itu belum pernah melangkah ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah di bawah kendalian Pep Guardiola.
“Saya tahu jika kami tidak menjulang piala temasya kali ini, saya akan menjadi pengurus yang gagal. Kalau sebaliknya senarionya akan menjadi ‘betapa hebatnya Pep’,” ujar Guardiola.
Pada masa sama, Dortmund juga mempunyai peluang untuk mengecewakan pasukan pelawat dari England itu awal pagi esok.
Gol di stadium Etihad minggu lalu menyaksikan Dortmund hanya memerlukan satu gol dan mengikat kedudukan seri 2-2 cukup untuk melayakkan pasukan Bundesliga Jerman itu melangkah ke separuh akhir dengan kelebihan beraksi di halaman sendiri.
Bimbang dengan ancaman yang menanti itu, Guardiola mengarahkan pasukannya untuk fokus 100 peratus ketika menentang Borussia sepanjang 90 minit di atas padang pagi nanti.
”Kalau kamu sedar akibat daripada membolos gol atau menjaringkan gol berdepan Dortmund, kamu terpaksa bersedia untuk melupakan misi dan pulang ke England.
“Adalah lebih baik jika tuan rumah tidak dapat menjaringkan gol dan membolehkan kita mara ke separuh akhir tetapi dalam Liga Juara-Juara Eropah kita sentiasa ada peluang untuk membuat kejutan.
“Kita dan juga mereka memiliki senjata untuk menjaringkan gol, tetapi idea kita adalah pergi sana dan beraksi sebaik mungkin.
“Mari kita buktikan di Signal Iduna Park bahawa kita datang ke sini bukan untuk bertahan, tetapi menunjukkan kemaampuan kita dan menang perlawanan itu.
Pemenang akan bertembung dengan Paris Saint Germain dalam aksi separuh akhir selepas skuad kendalian Mauricio Pochettino menyingkirkan juara bertahan musim lalu, Bayern Munich dalam aksi awal pagi tadi.-MalaysiaGazette