KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Datuk Seri Amrin Awaludin disebut-sebut akan meninggalkan entiti itu untuk menerajui Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji).
Difahamkan pelantikan Amrin sudah mendapat persetujuan kerajaan.
Malah, MalaysiaGazette difahamkan berita ini juga sudah berlegar di Tabung Haji.
Beliau disebut sebagai pengganti Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff, dikatakan akan meninggalkan Lembaga Tabung Haji selepas hampir dua tahun tahun memimpin institusi tersebut.
Nik Mohd Hasyudeen, 56, dilantik sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH pada 1 September 2019 selepas Datuk Zukri Samat menamatkan kontraknya lebih awal.
Kontrak Nik Mohd Hasyudeen di Tabung Haji sehingga 31 Ogos ini.
Nik Mohd Hasyudeen meneruskan pelan pemulihan TH yang dimulakan oleh Zukri dan proses itu berjalan lancar.
Sebelum ini, MalaysiaGazette memetik sumber yang berkata, perubahan peneraju dalam TH akan dilakukan tidak lama lagi memandangkan organisasi itu kini berada pada landasaan baik.
Malah, individu pengganti sudah berada ‘dalam senarai’, dipilih atas dasar keyakinan mampu mengukuhkan proses tadbir urus serta pengurusan telus bagi menjaga kepentingan pendeposit, sekali gus membawa kecemerlangan TH.
Amrin bukan nama baharu dalam dunia korporat kerana sebelum menerajui LTAT, beliau menggepalai Boustead Holdings Berhad dan Sime Darby Property Bhd, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. – MalaysiaGazette
Semoga TH dapat dijulang semula setelah mengalami zaman2 SURAM & GELAP semasa pemerintahan Pakatan Hancing yang didominasi oleh pemimpin2 KAPIR mereka!