KUALA LUMPUR – Sejumlah 17 kes positif COVID-19 jangkitan tempatan telah dikenal pasti dijangkiti dengan varian South African B.1.351 setakat semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Dr Noor Hisham dalam satu kenyataan berkata, sehingga kini, analisis filogenetik serta hubung kait geografi menunjukkan kebarangkalian kes-kes tersebut adalah daripada punca jangkitan yang sama.
Katanya, varian South African B.1.351 berkenaan terdapat dalam Kluster Jalan Lima di Daerah Hulu Langat dan Sepang Selangor (tiga kes); Kluster Kebun Baru, Kuala Langat, Selangor (sembilan kes); Kluster Teknologi Emas, Kuala Langat, Selangor (satu kes) dan saringan kontak rapat dengan satu kes.
Penemuan varian South African B.1.351 pertama kali dilaporkan di dunia pada Disember tahun lepas di United Kingdom dan Afrika Selatan.
Sejak awal tahun ini kewujudan varian itu turut dilaporkan oleh negara lain termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Jerman, Australia, dan Korea Selatan. – MalaysiaGazette