WASHINGTON – Sean Spicer mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Setiausaha Akhbar White House.
Spicer dilaporkan meletak jawatan kerana dia tidak berpuas hati dengan pelantikan pengarah komunikasi baharu yang dibuat oleh Presiden Donald Trump, menurut laporan.
Pembiaya Wall Street, Anthony Scaramucci telah dipilih untuk menggantikan Spicer.
Sejak kebelakangan ini Spicer didakwa telah menarik diri dari kamera media.
Peletakan jawatan itu berlaku di tengah-tengah beberapa penyiasatan ke atas campur tangan Rusia dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat tahun lalu.
The New York Times melaporkan Spicer tidak setuju dengan pelantikan Scaramucci, yang dianggapnya sebagai “kesilapan besar”.
Mengumumkan bahawa akan meletakan jawatan pada bulan depan, Spicer melalui Twitternya berkata, beliau telah diberi kehormatan dan keistimewaan untuk berkhidmat dengan presiden. – MalaysiaGazette