Home Nasional Tiada rakyat negara menjadi mangsa gempa bumi

Tiada rakyat negara menjadi mangsa gempa bumi

Bangunan Kementerian Luar Negeri di Putrajaya

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar Negeri mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang menjadi mangsa gempa bumi di Bodrum, Turki dan Pulau Kos, Greece semalam.

Dalam kenyataannya, kementerian itu turut melahirkan rasa simpati terhadap bencana tersebit.

Kementerian itu meminta mana-mana rakyat Malaysia yang terjejas akibat gempa bumi menghubungi Kedutaan Malaysia di Ankara di alamat 58, Mahatma Gandhi Caddesi, 06700 Gaziosmanpaşa atau di talian +(90-312) 4463 547 / 548 atau menerusi emel [email protected].

Gempa bumi yang berlaku pada pagi semalam telah mengorbankan dua orang dan mencederakan beratus-ratus yang lain. – MalaysiaGazette