KUALA LUMPUR – Senator Datuk Guan Dee Koh Hoi dilantik sebagai Timbalan Menteri Persekutuan.
Pelantikan itu menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri, selaras dengan Fasal (1) Perkara 43A Perlembagaan Persekutuan.
Beliau telah mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada hari ini yang memperkenan pelantikan berkenaan.
Beliau dilantik ke jawatan itu bagi menggantikan Datuk Seri Dr Jeffry G Kitingan yang telah meletakkan jawatan selepas mengangkat sumpah sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah II merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah pada 29 September 2020. -MalaysiaGazette
Ni gaji dia berapa plak? Punya lah ramai YB2 dia ni juga dilantik? Kalah election 3 kali & hilang deposit plak tu..boleh jadi Tim Menteri?? Kata kerajaan tak duit…