Home Politik Tun M bukan top dog tapi hot dog – Hamzah

Tun M bukan top dog tapi hot dog – Hamzah

Hamzah Zainudin
KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) tidak sewajarnya melantik pemimpin dominannya daripada bekas-bekas pemimpin negara yang sudah ‘pencen’ dan orang lama dalam politik.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, parti pembangkang sepatutnya memilih pucuk pimpinan dalam kalangan orang muda dan tidak melebihi umur persaraan.

“Kalau dengar bekas-bekas pemimpin negara yang bercakap bukan-bukan kerana mereka sudah melebihi umur. Kalau dia kata nak jadi top dog, saya nak bagitahu kalau nak jadi top dog, biarlah yang muda-muda.

“Kalau sudah lama bukan top dog tetapi hot dog, kalau top dog sudah pencen nak buat macam mana lagi, saya minta semua kembali bersatu untuk amsa depan kita,” katanya dalam ucapan merasmikan Persidangan Kebangsaan Tahunan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) ke-32 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra  di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi PH, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Selasa lalu yang mendakwa beliau merupakan pemimpin dominan dalam hierarki terbaru pakatan pembangkang itu.

Mahathir juga mendakwa kdudukannya dalam blok pembangkang itu secara tidak rasmi setaraf seperti Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

Pada minggu lalu, Mahathir diumumkan sebagai pengerusi PH sementara Datuk Seri Anwar Ibrahim dinamakan menjadi Ketua Umum manakala Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pula dilantik sebagai Presiden gabungan parti pembangkang itu. – MalaysiaGazette.