KUANTAN – Suasana Stadium Darul Makmur meriah meskipun pemain beraksi di hadapan kira-kira 2,000 penyokong.
Pengurus Sri Pahang FC, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, penonton tetap hadir memberi sokongon pada pukul 10 malam selepas selesai menunaikan solat tarawih.
Tambahnya, walaupun kehadiran penonton berbeza namun membudayakan norma baharu memberikan suntingan semangat buat pemain.
Perlawanan pertama dalam bulan Ramadan menyaksikan Sri Pahang FC kecundang 0-2 di tangan Johor Darul Takzim (JDT) di hadapan penyokong sendiri.
Seramai 2,128 penyokong Sri Pahang menyaksikan perlawanan malam tadi dan bilangannya dihadkan bagi memudahkan penonton mendisiplinkan diri.
Sementara itu penyokong Pahang, Mohd Daniel Mohd Athar, 19, berpendapat Sri Pahang mempamerkan permainan yang kurang memuaskan yakin semua pemain telah memebri yang terbaik.
“Saya datang awal kerana risau kesesakan lalu lintas dan mengambil kawan-kawan datang menonton memberi sokongan, pematuhan SOP agak baik di mana semua pegawai pemantau komited menjalankan tugas,” katanya
Mohd Aidit Hakimi Mohd Salleh,19, yang masuk stadium selepas menunaikan solat tarawih berkata: “Pada saya memuaskan kerana Pahang sudah memberi persembahan terbaik. kami penonton akur semua arahan yang ditetapkan, janji dapat tengok bola,”. – MalaysiaGazette