Home Politik DAP takut dengan bayang-bayang sendiri

DAP takut dengan bayang-bayang sendiri

Minister of Plantation Industries and Commodities (MPIC), Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali
Minister of Plantation Industries and Commodities (MPIC), Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali
JOHOR BAHRU –  Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk  Mohd Khairuddin Aman Razali menolak sekeras-kerasnya tohmahan DAP yang mendakwa parti itu sebagai parti paling berbahaya dalam Kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Beliau berkata, tomahan itu seolah-olah melihatkan kerisauan DAP dengan ideologi mereka sendiri.
“Pas hanya bahaya pada DAP kerana ideologi parti itu bertentangan dengan ideologi kami yang mengutamakan Islam.
“Itu amat menakutkan DAP sebenarnya,” katanya dalam sidang media, di sini,  hari ini.
Terdahulu, beliau dan Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad, menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU)  antara Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN)  dan KPRJ Builders Sdn Bhd (KBSB).
Semalam,  media melaporkan, DAP menyifatkan bekas rakan komponennya dalam Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat iaitu Pas sebagai parti paling berbahaya dalam kerajaan PN.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dilaporkan berkata, ini kerana hasrat Pas untuk melaksanakan persempadanan semula yang berpihak kepada orang Melayu seandainya menang dua pertiga dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) adalah Dasar Aparteid yang menafikan hak bukan Islam.
Mengulas lanjut isu persempadanan semula yang didakwa DAP,  Mohd Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata, ia adalah menjadi impian semua parti.
“Mana ada parti yang tak mahu luaskan lagi penguasaan dia. Itu realitinya.
“Tanyalah pada DAP, dia pun mahu menguasai Malaysia menerusi persempadanan semula,” katanya.
Beliau berkata,  adalah menjadi hak rakyat terutama orang Islam meluaskan penguasaan sebanyak mungkin di Parlimen.
“Menjadi hak rakyat Malaysia terutama orang Islam untuk meluaskan wakil Parlimen terutama membabitkan negeri di Pantai Timur
“Memanglah DAP sebagai pembangkang akan dakwa ia merugikan namun adalah tidak benar dakwaan parti itu yang menyatakan persempadanan semula berpihak kepada orang Melayu seandainya menang dua per tiga dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti adalah dasar aparteid yang menafikan hak bukan Islam,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Bangsa cina DAP ni,memang jenis bangsa x sedar diri.Dimana bumi kau pijak,disitu langit kau junjung!! Bangsa DAP,jangan jadi katak bawah tempurung.Syok sendiri memanjang!!

Comments are closed.