Home Seni Hidup PU Amin mohon maaf bergambar dengan wanita seksi

PU Amin mohon maaf bergambar dengan wanita seksi

Foto memaparkan Amin diapit oleh dua wanita seksi dalam sebuah majlis pada malam Sabtu lalu kini tular di media sosial.

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas kelahiran program Pencetus Unmah, PU Amin memohon maaf berhubung gambar panas diapit dua orang wanita berpakaian seksi dalam sebuah majlis di hotel terkemuka di ibu negara pada malam Sabtu lalu.

Foto berkenaan mendapat perhatian ramai kerana kedua-dua wanita tersebut tidak menutup aurat secara sempurna pada bulan Ramadan.

Amin atau nama sebenarnya Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim dalam satu kenyatan Facebook memberitahu, niatnya hadir ke majlis tersebut adalah untuk menyebarkan dakwah dan menyempurnakan tugasnya secara bersemuka.

“Viral gambar saya dengan 2 individu dalam sebuah acara tertutup baru baru ini. Ceritanya, Saya dijemput untuk baca doa berbuka puasa dan tazkirah ramadhan sebelum berbuka puasa.
“Saya hadir dengan niat menyampaikan dakwah dan menyempurnakan tugas saya secara face to face lalu membaca doa agar Allah menerima segala amal kebaikan kita dan mengampunkan dosa dosa kita.
“Ini peluang untuk menyampaikan dakwah secara berhadapan. Saya tahu kesan fitnah nya besar. Tapi kalau bukan waktu itu, bila lagi nak tazkirah secara berdepan dengan golongan yang saya lawan sebelum ini.
“Selepas berbuka saya terus melaksanakan solat maghrib. Setelah itu saya memang bergegas nak pulang sebab bertugas di masjid berdekatan. Penganjur minta nak bergambar. Saya raikan, kerana mahu segera untuk pulang.
“Akhir nya penganjur viral kan gambar tersebut. Tak tahu tujuan apa. Saya pun dah minta agar PADAM gambar tersebut bagi menghormati bulan ramadhan. Dan kini teruk saya dihentam, difitnah dan di caci maki hari ini.
Allahuuu..
“Ramadhan baru di fasa pertama, namun ujian berat bagi saya. Terima kasih pada yang menghina dan memanjangkan fitnah.
“Saya biasa ambil gambar dengan banduan, penagih dadah, mat rempit, paderi, pelacur setelah selesai program dakwah di lapangan. Cuma kali ini viral dan dikongsikan secara ramai oleh semua pihak.
“Cuma ingatlah pada semua, kerana sikap kita yang suka menghina ahli maksiat, itu lah punca ahli maksiat makin jauh dengan agama. Runding baik lah dengan mereka agar mereka dapat meninggalkan kemungkaran dan menghidupkan cinta pada Allah dan Rasul.
“Saya mohon maaf jika perbuatan saya mengambil gambar itu satu perkara yang memalukan dan mengaibkan,” tulisnya memberi penjelasan. – MalaysiaGazette

5 Komen

  1. Matlamat tidak menghalalkan cara dlm Islam..sepatutnya penganjur menghormati Islam..tp buat acara amal laa dgn tidak menghormati Islam…dan ko plak bersekongkol dlm perkara maksiat dgn memberikan sokongan…ada banyak cara berdakwah..sekurang2nya ko bg syarat penganjur menghormati Islam, baru ko hadir..ni ko pun 2×5 join sekali dlm majlis maksiat..ko faham tak..kalau nak berdakwah kpd penagih dadah sekali pun, bukan ko join hisap dadah! kalau ko nak berdakwah kepada ahli maksiat pun,bukan ko join sekali majlis maksiat dan meraikan kemungkaran…bebal betul ko ni lah

  2. Itu bukan namanya tidak menutuo aurat dgn sempurna.
    Mcmtu dikata bertelanjang tapi berpakaian.
    Nk dikata menutup aurat dgn tidak sempurna tk boleh tu. Tk menutup aurat langsung la tu..
    Elok pakatĀ² bertaubat la.. Posa pun tk guna jika mcmtu yg dipakai.
    Bila dah jemput ustaz kt majlis tu, pakai la bagi sopan sikit.. Buat majlis buka posa, tapi buka habis tubuh badan ..
    Utk PU Amin, teruskan berdakwah kpd golongan lupa diri tu, supaya sedaq diri lepaskan ni…

Comments are closed.