Home Utama Rentas negeri dibenarkan Isnin hingga Khamis sahaja – Polis

Rentas negeri dibenarkan Isnin hingga Khamis sahaja – Polis

Laluan masuk dan keluar di Plaza Tol Alor Setar Selatan ditutup sehingga 1 Jun berikutan penguatkuasaan PKPD.

KUALA LUMPUR – Orang ramai kini hanya dibenarkan merentas negeri pada hari Isnin hingga Khamis sahaja ekoran peningkatan kes Covid-19 sejak empat hari lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, rentas negeri hanya dibenarkan untuk tujuan pekerjaan, kecemasan dan kematian, perubatan, pendidikan serta pasangan jarak jauh.

Pergerakan pada hujung minggu iaitu Jumaat hingga Ahad tidak akan diluluskan kecuali melibatkan hal kecemasan seperti meninggal dunia.

“Sekiranya permohonan pergerakan diluluskan, ia hanya dibenarkan pada hari Isnin hingga Khamis sahaja manakala pergerakan pada hujung minggu iaitu Jumaat hingga Ahad tidak akan diluluskan.

“Ini tidak termasuk bagi urusan melibatkan kecemasan kematian dan pasangan jarak jauh.

“Pergerakan rentas negeri bagi tujuan sosial seperti menghadiri kenduri perkahwinan dan apa apa jenis majlis dan jamuan adalah dilarang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Acryl, peraturan ini akan berterusan sehingga selepas Hari Raya Aidilfitri.

Menurut beliau, mana-mana pihak yang ingkar arahan akan diambil tindakan tegas.

“Polis juga mengesan berhubung ketidakpatuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) oleh masyarakat di bazar Ramadan dan pasar malam.

‘Sehubungan itu, semua ketua polis daerah dan pasukan pemantau pematuhan sop akan digerakkan ke semua lokasi berkenaan (bazar Ramadan dan pasar malam).

“Sekiranya didapati SOP tidak dipatuhi, PDRM akan mengemukaman saranan kepada pihak berkuasa tempatan agar aktiviti perniagaan di kawasan-kawasan tersebut dihentikan,” tegasnya.- MalaysiaGazette

2 Komen

  1. makin mengarut kerajaan punya s.o.p.
    rakyat nak tengok menteri atau golangan berduit ni follow ke tak.

  2. X tau lah berapa ramai yg akan kena saman sbb arahan lemau ni..negara semakin mundur rakyat makin tertekan..yg berkuasa dan warga kayangan jer yg suka arahan mcm ni sbb diorg x heran pun klu disaman beribu2..

Comments are closed.