KUALA LUMPUR – Instafamous Nadira Isaac yang terpalit kontroversi memuat naik gambar seksinya bersama Pencetus Ummah (PU) Amin tampil memohon maaf atas perbuatannya itu.
Menerusi Instagram miliknya, selain permohonan maaf, Nadira turut memohon orang ramai mendoakan dirinya kembali ke pangkal jalan.
“Saya telah padam hantaran itu sebagai menghormati PU Amin, saya juga memohon maaf kepada semua yang tersinggung terutamanya PU Amin dan orang ramai.
“Saya akan memperbaiki diri saya dari masa ke semasa dan meminta orang ramai mendoakan kami ke pangkal jalan,” tulisnya.
Sebelum ini tular di laman media sosial apabila Nadira memuat naik gambar bersama PU Amin dalam keadaan seksi ketika menjemput pendakwah itu ke majlisnya.
Sementara itu, PU Amin menerusi hantaran Facebook miliknya turut meminta wanita itu memadamkan gambar mereka bersama di Instagram. – MalaysiaGazette