Home Utama Kan dah cakap…

Kan dah cakap…

Gambar hiasan
BILA Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil keputusan untuk membuka sepenuhnya sekolah pada awal April lalu, banyak pihak termasuk kalangan pakar kesihatan dan pendidikan telah menyatakan kebimbangan mereka.
Pakar kesihatan awam telah memberikan pandangan bahawa PdPR masih perlu walaupun sekolah telah dibuka semula. https://bit.ly/3gBSJph
Pakar-pakar pendidikan pula menegaskan kaedah terbaik untuk membuka sekolah adalah dengan cara melakukan pengiliran kehadiran murid-murid ke sekolah untuk mengurangkan kesesakan di dalam bilik darjah, sewaktu kehadiran dan ketika penyuraian murid-murid keluar dari kawasan sekolah. https://bit.ly/3tASPAS
NUTP juga telah mohon pengiliran sekolah dilaksanakan oleh KPM. https://bit.ly/3qSQy2S
Saya juga ada mencadangkan supaya pendekatan hibrid digunakan sehingga program vaksinasi negara selesai atau sekurang-kurangnya mencapai tahap 80%. https://bit.ly/2ZXLv5r dan https://bit.ly/2QHCQlT
Semua pihak yang berkepentingan dah cakap.
Malangnya KPM tidak mahu mengambil perhatian apalagi menerima pakai pandangan ini.
Sebaliknya KPM mengambil keputusan membuka sepenuhnya sesi persekolahan. Jadi kita akur sajalah sebab KPM tentu lebih tahu.
Malangnya, minggu ni kita mula melihat kebimbangan para pakar kesihatan awam dan pakar pendidikan menjadi kenyataan. Mereka mesti kata ‘kan dah cakap’.
Peningkatan kes melibatkan pelajar sekolah dan para guru semakin meningkat. Beberapa negeri menunjukkan peningkatan yang membimbangkan. https://bit.ly/3glrRcQ
Akibatnya banyak sekolah mula diarahkan tutup. Sekali lagi kita melihat pembelajaran anak-anak kita telah tergendala.
Sepatutnya seperti yang dinasihatkan oleh pakar kesihatan dan pendidikan, KPM boleh melaksanakan sistem hibrid iaitu 50% hadir ke sekolah dan 50% secara PdPR sehinggalah program vaksinasi selesai. Ini adalah kaedah terbaik dalam menguruskan ketidaktentuan penularan Covid 19.
Bagaimana sesi pembelajaran hibrid ini boleh dilakukan?
Caranya dengan melakukan pengiliran kehadiran ke sekolah. Pada hari kumpulan murid-murid tidak hadir ke sekolah, PdPR dijalankan di rumah.
PdPR boleh melalui cara atas talian, nota-nota yang dibekalkan, saling berhubungan melalui whatapp atau melalui telefon (jika perlu).
Bila giliran hari persekolahan, kumpulan murid ini akan datang ke sekolah dengan latihan dan kerja rumah yang telah disiapkan.
Apa kebaikan sistem pengiliran sekolah ini?
Pertama, sistem pengiliran hadir ke sekolah akan mengurangkan 50% bilangan murid di sekolah pada satu hari. Misalnya murid tahun satu, dua dan tiga datang ke sekolah pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Pelajar tahun empat, lima dan enam datang pada hari Selasa dan Khamis. Ini akan mengurangkan risiko penularan.
Kedua, bila berlaku kes positif di sekolah, hanya kumpulan pelajar sana hadir pada hari yg sama sahaja perlu dikuarantin. Manakala murid-murid giliran seterusnya boleh meneruskan sesi persekolahan setelah sanitasi kawasan sekolah dilakukan.
Ketiga, pengiliran kehadiran juga menyebabkan para guru dapat pantau SOP penjarakkan fizikal dan pemakaian pelitup muka secara lebih berkesan.
Bayangkan kalau satu kelas ada 30 murid. Bagaimana penjarakkan fizikal dapat dilaksanakan secara berkesan selama 4-5 jam sesi persekolahan berjalan setiap hari?
Semoga KPM fikir kembali pendekatan dan keputusan mereka.
Apa yang patut dilakukan sekarang?
Pertama, laksanakan pembelajaran hibrid sehingga selesai program vaksin negara. Atau sehingga sekurang kurangnya 80% rakyat telah divaksin kan. Tapi dari perspektif pendidikan, amalan PdPR sepatutnya diteruskan sampai bila-bila sebab pembelajaran masa depan sangat dipengaruhi oleh pembelajaran atas talian.
Kedua, laksanakan jadual pengiliran kehadiran murid ke sekolah segera untuk mengurangkan risiko penularan jangkitan.
Ketiga, pendekkan lagi waktu persekolahan bagi sekolah dalam zon merah.
Keempat, desentralisasi keputusan keputusan pentadbiran di peringkat PPD dan sekolah.
Pihak PPD pula perlu wujudkan jawatankuasa tetap teknikal melibatkan pihak polis, pejabat kesihatan daerah, RELA daerah, pemimpin komuniti, wakil PIBG dan pengetua/ guru besar untuk menyelaraskan berkaitan persekolahan. https://bit.ly/3szrbCU
Satu Malaysia dah risau dengan penularan Covid 19 di sekolah. Bukan satu kampung.
Anuar Ahmad
Penulis adalah Pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.