Home Seni Hidup Saya disihir, santau melalui mata – Syed

Saya disihir, santau melalui mata – Syed

Syed Shah Iqmal hadir ke mahkamah berikutan kes sebutan persetubuhan luar tabii dan cabul di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, Selangor. Foto SHAFIY ZUL, 19 FEBRUARI 2021

KUALA LUMPUR – Penyanyi kontroversi, Syed Syed Shah Iqmalmengakui dia sengaja tidak memandang terus ke kamera ketika membuat video atau siaran secara langsung di Instagram miliknya selama ini.

Menurut Syed, dia terpaksa bertindak sedemikian atas nasihat seorang ustaz yang memintanya untuk berhati-hati kerana berkemungkinan disihir atau santau melalui mata ketika membuat IG Live.

“Sebab mereka hantar sihir dan santau melalui mata saya ketika waktu di IG. Mohon doakan. So struggle nak pulih,” tulisnya.

Syed mengulas tindakan seorang netizen yang mempersoalkan tindakan yang sering bercakap tidak memandang kamera.

Ia menimbulkan rasa kurang senang segelintir netizen yang turut memberi peringatan supaya ketika bercakap menghadap individu tersebut.

Sebelum ini, nama pendakwah berusia 26 tahun iu menjadi perhatian apabila berdepan dengan pertuduhan melakukan seks luar tabii dan mencabul seorang penuntut kolej swasta pada Oktober tahun lalu. – MalaysiaGazette