Home Dunia Empat maut dalam letupan hotel mewah

Empat maut dalam letupan hotel mewah

QUETTA/KARACHI – Satu letupan besar menggegarkan sebuah hotel lima bintang di Balochistan, barat daya Pakistan menyebabkan empat orang maut dan 12 lagi cedera.

Letupan tersebut memusnahkan kawasan letak kereta di Hotel Serena di Quetta yang mana duta China ke Pakistan menginap di hotel tersebut.

Sekurang-kurangnya empat mayat dan 12 orang yang cedera dibawa keluar ke hospital dan dua yang cedera berada dalam keadaan kritikal,” kata jurucakap Hospital Awam di Quetta, Dr. Waseem Baig.

Menteri Wilayah Balochistan, Zia Ullah Langau berkata, kesemua mangsa yang terkorban adalah warga Pakistan.

Beliau menambah, envoi China tidak berada di hotel itu ketika kejadian.

“Duta China berada di Quetta. Beliau akan meneruskan tugas rutinnya esok,” katanya.

Menteri Penerangan Pakistan, Fawad Chaudhry mengutuk serangan itu dan berkata, siasatan sedang dilakukan.

Ketua Polis Balochistan, Muhammad Tahir Rai berkata, siasatan masih lagi menilai kekuatan letupan itu dan bahan yang digunakan.

Puak pemisah di wilayah itu telah memerangi pasukan keselamatan kerana melihat wilayah tersebut melakukan eksploitasi yang tidak adil terhadap kekayaan mineral.

Mereka turut mendakwa terpaksa mengangkat senjata kerana penyalahgunaan kuasa ke atas penduduk Balochistan yang telah lama berlaku namun ia dinafikan pihak berkuasa.

Pemberontak juga menyerang projek yang mempunyai kaitan dengan Linkaran China dan inisiatif infrastrukrur jalan. – MalaysiaGazette