Pengisytiharan Ordinan Darurat yang dilaksanakan oleh kerajaan pada 11 Januari lalu masih belum dapat mencapai matlamat utamanya iaitu untuk menurunkan kes positif Covid-19.
Ahli Majlis Tertinggi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata justeru itu tidak sesuai untuk menarik balik darurat kerana negara masih bergelut dengan gelombang ketiga Covid-19.