Home Sukan Inter Milan hampiri gelaran Serie A Itali selepas 10 tahun

Inter Milan hampiri gelaran Serie A Itali selepas 10 tahun

Matteo Darmian membantu Inter Milan terus mengungguli carta Serie A Itali dan menghampiri gelaran pertama selepas 10 tahun.

LONDON – Inter Milan semakin menghampiri gelaran Serie A Itali pertamanya pada musim ini selepas 10 tahun.

Dalam aksi malam tadi, pasukan itu berjaya menang tipis 1-0 ke atas lawannya Hellas Verona.

Bekas bintang pertahanan Manchester United Matteo Darmian membuka gol tunggal pasukannya menerusi tandukan kencang pada minit ke-76 bagi mengesahkan tiga mata penuh pasukannya yang semakin menghampiri untuk menjulang gelaran Serie A selepas 10 tahun.

Kemenangan itu memastikan Inter mengungguli takhta liga beza 13 mata dengan pesaing terdekatnya AC Milan yang akan berentap hari ini.

Juventus selaku juara bertahan musim lalu menduduki tempat ketiga selepas sekadar terikat seri 1-1 dengan Fiorentina.

Kali terakhir Inter Milan menjulang piala berkenaan pada tahun 2010 dan sejak sedekad lalu the Old Lady mempertahankan gelaran tersebut.

Dusan Vlahovic membuka jaringan untuk Fiorentina namun gol itu dinafikan Alvaro Morata.-MalaysiaGazette