SEBERANG PERAI – Mayat seorang lelaki tempatan yang lengkap berpakaian ditemui di dalam longkang di Taman Tenggiri, Seberang Jaya hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada pihak polis pada jam 9 pagi sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi.
“Sebaik tiba kita dapati satu mayat lelaki berusia lingkungan 60-an berada di dalam longkang terbabit.
“Kerja-kerja mengangkat mayat mangsa dilakukan sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah jurucakap itu, operasi sepenuhnya pada 9.21 pagi. – MalaysiaGazette